Jendela Hati by Aisya Sofea
Synopsis
Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya. Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya. Benarkah "ganti tikar" yang berlandaskan "keterpaksaan" bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.
Reviews
cerita yang menarik cuma hubungan adik ipar dan abg ipar terlalu rapat sebelum berkahwin hingga menimbulkan rasa ralat ketika membacanya, dan sebelum bernikah pasangan yg boleh di katakan sejoli tapi berubah bila dah menikah , mengambil masa hampir setahun untuk kembali berkasih sayang, sungguh tragik dan penuh konflik ,
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.