Pendidikan adalah aset penting negara. Pendidikan yang berjaya akan melahirkan modal insan yang diperlukan unluk pembangunan negara. Oleh itu pemikiran berkaitan pendidikan perlu diperkemas dari semasa kesemasa. Buku ini berusaha mengenengah pemikiran beberapa tokoh berwibawa mengupas fatsafah dan isu dalam pendidikan Islam. Hamka menyelusuri sejarah pendidikan di Indonesia bagaimana ia digunakan sebagai proses kristianisasi bangsa dalam Tafsir al-Azhar. Muhammad Fuad Abd Al-Baqi menggali khazanah agong silam bagaimana Rasulullah sebagai qudwah dalam pengajaran dan pembelajaran baginda telah menggunakan bahan bantu mengajar unluk mempertingkat keberkesanan dalam pendidikan. Abdul Oadir Al-Mandili menjurus pengkaedahan pendidikan agama dengan pendekatan Salaf dalam pengajaran pendidikan akidah. Mustofa Masyhur pula menggunakan anak tangga tema-tema subjek akidah dalam memahami dan mengajak kopada agana. Pendekatan yang dipakai beliau sangat menarik dan memudahkan penerimaan terhadap agama Islam sendiri. Begitu juga pendekatan yang digunakan oleh Al-Nawawi dalam pendidikan yang sarat dengan kopelbagaian berharga patut menjadi panduan dalam pendidikan masakini. Buku ini mencakupi polbagai pendekatan dan pongkaedahan pendidikan Islam yang sangat bermanfaat terutama dalam dunia pendidikan yang penuh moncabar hari.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.