[ No Description ]



 



SGD 7.36

Gadis polos yang terperangkap dalam permainan ibu dan anak. Hanya kerana satu kesilapan yang tidak disengajakan, dia terpaksa bersetuju untuk bergelar isteri kepada pemuda yang tak pernah dia kenal sebelum ini. “Kenapa awak nak hancurkan masa depan awak hanya kerana nak ikut rancangan mengarut mak awak?” - Ainan Ghibran Maleq. Lelaki yang penuh dengan rahsia dan bakal bertunang dengan kekasih hati. Namun boleh pula dengan begitu mudah dia bersetuju bila dipaksa menikahi wanita yang baru dikenalinya. “Jangan pernah terniat pun untuk tanggalkan cincin tu dari jari manis awak.” - Ghibran Ainan reda demi menjaga aib serta maruah keluarga. Tetapi sebaris ayat yang meniti di bibir pemuda itu membuatkan hatinya layu sebelum mekar. Nikah gantung. Tempoh 6 bulan diminta oleh Ghibran. Namun pada malam pertama bergelar suami saja, dia sudah tak mampu untuk berjauhan daripada isterinya. “Dan kalau awak terlupa... nikah gantung tu juga bermakna kita tak boleh nak bersama selagi majlis kita tak selesai. - Ainan “Kalau saya beritahu... saya nak mansuhkan saja nikah gantung tu.” - Ghibran Akan bertahankah terma dan syarat nikah gantung itu buat Ghibran Maleq? Atau ianya sekadar kalimah yang dah tak boleh diguna pakai? Bagaimana pula dengan bekas kekasih yang muncul untuk menuntut haknya?
view book