[ No Description ]



 



SGD 8.52

Inovasi kurikulum sekolah IMTIAZ telah diperkenalkan dengan penerapan system dwialiran bersepadu yang mengintegrasikan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dengan Program Hafazan Al-Quran. Kurikulum ini bermatlamat untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang berteraskan tiga ciri utama, iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Penekanan diberikan kepada aspek hafazan Al-Quran, penguasaan bahasa-bahasa asing serta sains dan teknologi (ICT) yang telahmenjadikannya sebagai satu-satunya Sekolah Agama Pintar (Religious Smart School) yang terunggul. Monograf ini meninjau dan menilai sejauh manakah inovasi kurikulum secara khususnya di sekolah IMTIAZ Terengganu memberi kesan kepada keupayaan berfikir pelajar dalam konteks pembelajaran bahasa. Penulis turut mencadangkan resolusi dalam strategi peningkatan kualiti aras kognitif bagi pembelajaran bahasa yang berkesan. Monograf ini diharapkan dapat menyumbang ilmu kepada para penyelidik dan pendidik secara khusus dalam bidang bahasa, malah merentas bidang pengajian, yang sentiasa kreatif mencari inovasi dalam menangani isu-isu dan fenomena pendidikan terkini.
view book