[ No Description ]



 



SGD 4.93

Usahawan berjaya tergolong sebagai individu yang cemerlang dalam aktiviti keusahawanan dan mempraktiskan tuntutan keagamaan secara sempurna atas kapasitinya sebagai seorang Muslim, Mukmin dan Muhsin. Usahawan yang jumud, iaitu tidak mahu menerima perubahan untuk memenuhi tuntutan realiti semasa, akan ketinggalan dan tidak dapat berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain di pentas global dan ini bertentangan dengan semangat kemajuan yang dituntut dalam falsafah muamalah Islam.Usahawan yang dididik dan didorong dengan semangat al-Falah akan berusaha secara konsisten dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah al-Ard untuk melakukan kebaikan kepada manusia demi mencari keredaan yang hakiki. Semangat al-Falah yang dihayati oleh usahawan Muslim secara bertenaga akan mendorong mereka mengoptimumkan segala sumber yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk kemaslahatan umat menusia sejagat. Berpegang kepada konsep ini, usahawan Muslim akan menjauhkan diri daripada mereka yang terlibat dengan sebarang bentuk penyelewengan dan unsur-unsur yang boleh mencemarkan keharmonian sistem keusahawanan Islam.
view book