[ No Description ]



 



SGD 6.40

PAK CIK CINDERELLA oleh Aein Dhiyauddin Hadirmu buat aku jatuh cinta... “Cinderella lari tinggalkan kasut sebelah untuk putera cari. Tapi aku terbalik pulak. Putera tinggalkan kasut sebelah... patut ke aku cari putera tu?” - Juliana Kerana sepasang kasut, mereka ditemukan. Kerana sepasang kasut, hati Juliana tak keruan. Putera kacak mengetuk pintu hatinya yang bakal menjadi milik orang lain. Berhari-hari dia mencari pemilik kasut cantik yang ada dalam simpanannya hingga terlupa seketika akan tunang yang menanti. “Mesti saya ni lebih handsome daripada bakal suami awak, kan? Sebab tu awak terpikat kat saya.” - Raif a.k.a. Pak Cik Cinderella Namun seperti kisah Cinderella, pertemuan mereka hanya seketika. Juliana harus kembali ke dunia realiti. Raif adalah putera tampan yang hadir untuk menguji kesetiaannya terhadap Anaqie. Adakah bahagia akan mengetuk rumah tangga Juliana dan Anaqie apabila Raif hadir di tengah-tengah mereka? MR. AURORA oleh Dhiyana Dia... Hilarious! Annoying! Dan, dia jugalah ‘the sweetest stranger’! Insiden berlanggar dan terpeluk menemukan Aaron Haider dan Dhiya Durrani. Aaron menggunakan alasan itu untuk terus mengganggu Rani. Mulut pedas berapi dan muatan berat, gelaran diberi. Ugutan demi ugutan dan sikap keras kepalanya berjaya menundukkan Rani. “Kalau awak Rani Mukherjee, saya ni...” – Aaron “Okey... awak Shah Rukh Khan!” – Rani Kehadiran yang tanpa disangka membuatkan hati masing-masing terusik. Rani menyedari akan kekurangan diri, langsung tak meletak sebarang harapan. Apabila Aaron meluahkan hasrat hati, Rani teragak-agak. Aaron tetap berkeras, Rani cinta pertama dan dia tak akan mudah mengalah. Akhirnya Rani akur. Usia hubungan yang masih mentah diduga. Rani berkeras menuntut kata putus. Aaron lelah, lalu diberikan ruang dan masa tanpa tamat tempoh. Dia menghilangkan diri tanpa berita, meninggalkan Rani dalam tanda tanya. Saat mereka dipertemukan semula, Aaron berubah laku. Rani tekad untuk meraih perhatian Aaron semula walaupun terpaksa berendam air mata. Peluang ada di hadapan mata. Harapan masih lagi bersisa. Dan, dia tak akan sia-siakannya. Tetapi, masih bersisa lagikah perasaan sayang itu dalam hati Aaron?
view book