[ No Description ]



 



SGD 3.93

Karya suntingan ini telah memilih untuk memberi perhatian terhadap isu kualiti hidup yang melibatkan masyarakat di bandar dan persekitaran. Buku ini menumpukan perhatian terhadap isu-isu kualiti hidup yang mencakupi Keselesaan penduduk ke tempat bekerja yang mempengaruhi kualiti hidup masyarakat di bandar; Analisis pencemaran udara (PM 10) di sekitar laluan tapak pembinaan UTHM: kesan ke atas persekitaran dan kualiti hidup penduduk; Pengangkutan di bandar impak terhadap alam sekitar dan kualiti hidup masyarakat di bandar: satu perspektif umum; Keselesaan di jalan raya mempengaruhi kualiti hidup masyarakat di bandar; Pendidikan alam sekitar ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia: isu dan cabaran dan Pembangunan modal insan ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Isu-isu kualiti hidup yang mencakupi aspek keselesaan di jalan raya, keselesaan ke tempat bekerja, pendidikan dan modal insan telah dibahas, dihuraikan dan terfokus bertujuan bukan sahaja sebagai perkongsian ilmu, tetapi yang paling utama adalah sebagai mengisi percambahan ilmu, dalam bidang pengurusan persekitaran.
view book