Dalam mengejar arus kemajuan tidak dinafikan terdapat dalam kalangan kita tidak mengetahui dan mungkin juga tidak peka dengan keadaan sosiobudaya dan kepakaran serta kearifan tempatan yang dimiliki masyarakatnya sendiri khususnya masyarakat Melayu. Bermula daripada kepakaran yang diwarisi dari generasi terdahulu kemudiannya telah berkembang dan diinovasikan untuk terus diamalkan oleh generasi masa kini. Kekayaan serta keunikan pelbagai kearifan tempatan ini wajar untuk dilestarikan supaya diketahui, dikenali dan dihayati bersama agar warisan tinggalan pemikiran unggul generasi terdahulu ‘tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan’. Oleh itu, bertepatan dengan objektif yang ingin dicapai, penghasilan buku ini mengetengahkan empat sub kearifan tempatan iaitu budaya, sejarah, perubatan tradisional dan pelancongan yang berjaya dibedah dan dikupas dengan begitu menarik untuk menimbulkan keunikan yang kita miliki. Melalui keunikan inilah kita berdiri dan berbangga sebagai rakyat Malaysia yang diharapkan dapat melestarikan warisan kearifan tempatannya.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.