[ No Description ]
Genggam bara api biar sampai jadi arang. Begitulah prinsip dan pegangan hidup Dr. Firdaus Hariri dalam mengejar impian menjadi seorang Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial. Selepas 14 tahun bekerja keras memenuhi tuntutan pengajian yang berat, Dr. Firdaus kini adalah salah seorang daripada segelintir kecil Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial tempatan di Malaysia yang mempunyai dwi kelayakan dalam kedua-dua bidang pergigian dan perubatan.