[ No Description ]



 



SGD 7.33

Buku ini membincangkan perspektif Islam tentang hubungan antara penganut agama melalui dua kerangka utama-fiqh (kefahaman yang mendalam) dan kemasyarakatan. Empat bab awal dalam buku ini menjelaskan hubungan antara umat Islam dengan penganut agama lain bersumberkan Al-Quran dan Hadis, pandangan-pandangan dari kitab fiqh klasik mengenai kepelbagaian agama dan budaya, adab perbahasan dan perdebatan dalam masyarakat menerusi tradisi keilmuwan Islam serta pemaknaan semula toleransi agama dalam berta’amul (berinteraksi) antara masyarakat beragama. Dua bab seterusnya menjelaskan pluralisme agama dan cabaran berdialog serta garis panduan dalam hubungan berlandaskan prinsip-prinsip shari’ah yang boleh dijadikan rujukan dalam usaha memperkasakan hubungan antara penganut agama. Tiga bab terakhir pula secara khusus membincangkan tentang interaksi antara penganut agama di Malaysia dengan melihat kepada motif interaksi, elemen positif dan negatif mengenai aspek ini, fungsi Perlembagaan Persekutuan sebagai satu kerangka penting dalam mengurus hubungan antara penganut agama; serta peranan IKIM menyemai kefahaman Islam dan semangat muhibbah dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
view book