[ No Description ]



 



SGD 16.64

Teknik dan Strategi dalam Penyelidikan Kaunseling merupakan sebuah buku penyelidikan terkini yang mengaplikasikan pendekatan kajian kes tunggal dalam bidang kaunseling. Pengaplikasian pendekatan kajian kes tunggal membolehkan pelajar atau pengamal kaunseling memahami teknik dan strategi bagi mengenal pasti kesan rawatan yang telah dijalankan dalam menangani isu seperti kemarahan, kemurungan, fobia, stres dan isu psikologi lain pada pelbagai peringkat umur dan latar belakang klien. Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan oleh semua pelajar peringkat pengajian diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di kolej, Institut Pendidikan Guru, universiti awam dan swasta. Di samping itu, pengamal kaunseling dalam agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan turut boleh mendapat manfaat daripada penyelidikan yang dibincang dan dihuraikan dalam buku ini. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui pembacaan buku ini dapat meningkatkan keterampilan dalam melaksanakan penyelidikan bagi meningkatkan tahap profesionalisme kaunselor.
view book