[ No Description ]



 



SGD 8.10

"Memandang dunia dari jendela sebuah satelit adalah seperti seorang penulis memandang dunia ciptaannya dari jendela sebuah fiksyen." Mana Dadu Darjeeling? membuka pintu kepada sebuah dunia ajaib dan aneh di mana nasib manusia adalah ibarat bidak dalam permainan dam ular. Suara yang bercakap dalam dinding, manuskrip puaka, pencuri bibir penyair, dan pengembaraan psychedelic merentas alam semesta. Buku ini merupakan kumpulan cerpen pertama Wan Nor Azriq yang sebelum ini telah menempa nama sebagai novelis berbakat melalui buku seperti D.U.B.L.I.N dan Di Kala Bulan Bermain Biola. "Cerita-cerita pendek Wan Nor Azriq, di antara keunggulan-keunggulan lainnya menghamparkan humor gelap dan cerdas." -- Aan Mansyur "Cerpen-cerpen Wan Nor Azriq seperti membawa kita ke lubang imaginasi yang dalam." -- S.M. Zakir

view book