Buku ini secara keseluruhannya telah meneliti kelestarian landskap
habitat beruang matahari di Semenanjung Malaysia, melalui dua proses
utama iaitu pemetaan jaringan habitat sesuai dan rangkaian koridor.
Bab 1 menghuraikan situasi sebenar yang berlaku pada spesies beruang
matahari, di mana saiz populasinya semakin mengecil akibat daripada
kemerosotan hutan dan ancaman jenayah hidupan liar yang berlaku di
serata Asia, terutamanya Semenanjung Malaysia. Manakala menerusi
penulisan dalam Bab 2 pula banyak mengulas berkaitan perkara asas bagi
spesies ini termasuklah aspek taksonomi dan proses evolusinya, biologi
dan ekologi serta status penyelidikan beruang matahari di Malaysia.
Menerusi penulisan dalam Bab 3 banyak menerangkan tentang proses
keseluruhan yang terlibat untuk menilai kelestarian landskap beruang
matahari.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.