[ No Description ]



 



SGD 6.74

Kemajuan pesat Revolusi Industri 4.0 dan kepelbagaian generasi dalam tenaga kerja dijangka mendedahkan organisasi kepada cabaran besar dalam menguruskan pekerjaan masa hadapan. Golongan milenium yang mempunyai sikap, tingkah laku dan kehendak yang berbeza daripada generasi terdahulu bakal menerajui pasaran buruh dan menetapkan budaya kerja masa hadapan. Dalam masa yang sama perkembangan teknologi automasi, kecerdasan buatan serta komunikasi digital akan mempengaruhi tiga dimensi utama pekerjaan. Justeru, organisasi bertanggungjawab untuk memastikan transformasi yang berlaku dapat disesuaikan dengan reka bentuk pekerjaan masa hadapan agar ia selaras dengan ekosistem baharu dunia pekerjaan. Pekerjaan masa hadapan diharap berupaya menyumbang secara optima bukan hanya kepada prestasi individu tetapi juga organisasi. Sejajar dengan kepentingan pekerjaan masa hadapan, buku ini ditulis untuk memberi gambaran holistik mengenai isu-isu berkaitan pasaran buruh, teknologi, pengurusan, hubungan pekerja-majikan, kesejahteraan pekerja, pengurusan bakat dan sistem pendidikan yang mempengaruhi kerja masa hadapan. Pemahaman yang jelas tentang isu dan cabaran yang mendatang diharapkan dapat membantu pihak berkepentingan seperti kerajaan, organisasi dan institusi pengajian tinggi dalam merangka strategi dan menyediakan modal insan yang bersedia dan sepadan dengan kehendak kerja masa hadapan serta berupaya menjamin keseimbangan kerja dan kehidupan yang berkualiti. 

view book