[ No Description ]



 



SGD 3.22

Pendidikan Sistem Pendidikan Al-Amin telah diwujudkan semenjak tahun 1986 lagi dan sedang melalui beberapa fasa yang berbeza dari awal penerimaan ke dalam masyarakat, kemudian perkembangan dengan pertambahan bilangan sekolah ke beberapa negeri di Malaysia dan seterusnya pemantapan sistem pendidikan dalam era revolusi industri, IR4.0.

Beberapa pembaharuan atau transformasi dalam sistem pendidikan Al-Amin akan terus berlaku demi memastikan hasil didikan Al-Amin akan melahirkan generasi yang memiliki kemenjadian holistik dan mampu untuk membangun peradaban sejahtera dalam pelbagai bidang kepakaran. Dengan itu, buku ini terhasil sebagai kongsian kepada mereka yang berminat dengan sistem Pendidikan Al-Amin yang dijalankan oleh Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB).

Dan kini sistem pendidikan Al-Amin mengharungi cabaran kelangsungan dalam era covid-19. Pengalaman yang dilalui dan perlaksanaan untuk menghadapi cabaran ini haruslah dikongsi dalam penulisan buku yang diterbitkan dalam bentuk elektronik. Buku ini adalah bertujuan untuk penggunaan sesiapa sahaja yang berminat dengan sistem Pendidikan Al-Amin termasuk ibu bapa,guru, rakan-rakan kolaborasi serta masyarakat umum.

view book