[ No Description ]



 



SGD 4.13

Afiq memandang tepat wajah Daniel dan kemudian menoleh ke arah Idayu. Terlalu banyak perkara yang aneh berlaku. Hanya empat hari. Sedangkan dia amat merasakan sudah berbulan-bulan tinggal di Kampung Bendahara Seri Buana. Idayu terduduk di tepi batu dekat dengan Daniel. Seperti tidak mampu berkata apa-apa lagi. Jauh di sudut hatinya dia teringat telatah rakan-rakannya ketika dia mengajar membaca al-Quran. Pengembaraan misteri tiga sahabat dari zaman kini ke zaman kerajaan Melaka telah membawa mereka menempuh pelbagai pengalaman baru. Berjayakah mereka kembali ke masa depan atau terus terperangkap dalam zaman lampau? Semuanya akan terjawab sepanjang anda menghayati novel ini.
view book