[ No Description ]



 



SGD 7.35

Buku ini diharap dapat mencambahkan idea para pengkaji yang berminat dalam hal kewangan Islam khususnya berkaitan aplikasi rebat, Penyelidikan berunsur kewangan Islam sentiasa berkembang dan memerlukan para pengkaji untuk memahami selok-belok perubahan-perubahan semasa yang berlaku dalam sektor kewangan dan perbankan Islam ini. Cabaran utama yang dihadapi oleh institusi kewangan Islam di Malaysia adalah menyediakan produk kewangan yang boleh menyaingi produk kewangan konvensional semasa. Termasuk dalam soal ini adalah isu rebat dalam produk pembiayaan jangka panjang seperti pembiayaan perumahan, di mana ia melibatkan jumlah pembiayaan secara bertangguh yang besar, dan melibatkan ramai pelanggan. Persoalan mengenai rabat dalam pembiayaan di perbankan Islam pada masa kini menjadi polemik dari sudut gambaran yang tepat berkaitan konsep, operasi serta pengamalannya yang terkini dalam sistem kewangan dan perbankan agar objektif memberi keadilan dan kebajikan kepada pelanggan tercapai, Lanjutan itu, satu kajian dan penilaian perlu dilakukan dengan betul dan tepat agar pengamalan rebat pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam benar-benar menepati konsep magasid al-shariah dan berbeza dengan pengamalan rebat pinjaman secara konvensional, Rebat yang tidak menepati kehendak maqasid al-shariah boleh mencetuskan polemik pertikaian tuntutan pengguguran sebahagian nilai yang selayaknya diterima oleh pelanggan terutama dalam isu pembayaran awal dan ketika EPR tidak mencecah CPR. Dalam mas yang sama, penilaian yang dilakukan adalah untuk memastikan agar solusi pengamalan dan penetapan rebat dalam pembiayaan mestilah mematuhi prinsip syariah. Rebat secara Islam juga mestilah berbeza dengan rebat pinjaman konvensional yang menawarkan kadar keuntungan yang berubah-ubah menerusi kadar faedah yang dikenakan. Buku ini mengkaji perkara-perkara asas dalam pemberian rebat oleh institusi kewangan Islam agar menepati hukum syariat. Pertimbangan hukum dalam permasalahan khilafiyyah akan mengambilkira aspek magasid al-shariah di mana pemilihan pandangan ulama yang lebih meraikan maslahat umum akan dipilih bagi diaplikasikan reka bentuk dan konsep rebat pembiayaan yang fleksibel. Adalah diharapkan isu-isu yang dibincangkan dalam buku ini mampu memberikan satu solusi terbaik untuk dimanfaatkan oleh institusi kewangan Islam dalam menawarkan instrumen pembiayaan Islam yang setanding atau lebih baik daripada institusi kewangan konvensional.

view book