Buku ini menzahirkan upaya untuk menjadikan epistemologi tempatan sebagai salah satu transformasi sosial yang secara tidak langsung mengetengahkan pengalaman dan gambaran tentang bidang kearifan tempatan masyarakat Nusantara ini telah berkembang dari semasa ke semasa dan kemudiannya telah membudaya dalam kalangan masyarakat. Namun, hal ini kurang disedari oleh masyarakat tempatan sendiri. Oleh itu, Kumpulan Kearifan Tempatan, Universiti Sains Malaysia mengambil inisiatif untuk menampilkan semula kebijaksanaan tempatan yang tidak kita sedari kewujudannya ini. Tiga objektif utama dikemukakan, iaitu mengenal pasti dan menyusuri semula kearifan tempatan, memperkenalkan kearifan tempatan semasa serta memelihara dan memulihara kearifan tempatan. Ilmu kearifan tempatan yang ditekuni merangkumi pelbagai disiplin yang dikelompokkan ke dalam beberapa alam, seperti dalam sejarah, alam sastera, alam pendidikan, alam masyarakat desa, alam perubatan tradisional, alam rohaniah, alam seni, alam pembinaan, alam perkapalan dan perniagaan, alam pengurusan/adat tradisional Melayu, alam air, alam belantara dan alam pertanian. Rentetan daripada itu, buku ini menyajikan teks berbahasa Melayu yang mengangkat judul Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara - Meneliti Kosmologi dan Adat Istiadat. Buku ini dipersembahkan dalam tiga bahagian yang menekuni ilmu kearifan tempatan dalam disiplin seni persembahan, seni visual dan kosmologi dan adat istiadat.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.