[ No Description ]



 



SGD 20.42

Buku ini mendedahkan kisah al-mala' dan usaha dakwah para rasul terhadap mereka. Peranan al-mala' sangat penting dalam mencorakkan sesebuah negeri atau negara. Sekiranya mereka beriman dan mahukan kebaikan, maka masyarakat akan mendapat kebaikan, tetapi jika sebaliknya, maka akan berlaku pelbagai kepincangan dalam pimpinan dan kehidupan masyarakat. Sesungguhnya, para rasul telah berusaha bersungguh-sungguh menyeru al-mala' mengabdikan diri kepada Allah dengan panduan wahyu-Nya supaya hidup mereka diberkati-Nya di dunia dan di akhirat. Namun, kebanyakan mereka menentang dakwah tersebut. Penentangan itu berpunca daripada sifat buruk dalam diri mereka sendiri dan faktor luaran yang mempengaruhi. Allah telah menurunkan malapetaka semasa keangkuhan mereka memuncak. Al-mala' yang menerima dakwah Ilahiah pula diberikan ganjaran kebaikan oleh Allah kepada diri, masyarakat dan kerajaan mereka. Semua ini menjadi pengajaran dan teladan yang berguna kepada seluruh manusia, terutamanya para pendakwah, pemimpin masyarakat, kakitangan kerajaan dan umat Islam keseluruhannya dalam menjalani kehidupan berpandukan petunjuk Allah SWT.
view book