Perancangan yang rapi adalah perlu bagi menghasilkan sebuah negara yang dinamik dan unggul pada
masa depan. Kajian‐kajian tentang masa depan pula akan membantu menghasilkan perancangan yang
mantap dan sistematik termasuklah perancangan dalam kurikulum. Oleh itu, buku ini menyediakan
bahan pembacaan asas pembinaan kurikulum negara masa depan dan metodologi yang boleh digunakan
dalam pengumpulan data dan maklumat perancangan.
Buku Kurikulum Masa Depan ini ditulis dengan tujuan memenuhi hasrat untuk mencapai masyarakat
berilmu bertaraf antarabangsa. Teknik Delphi, Kaedah Analisis Kesan Bersilang (Cross‐Impact Analysis),
Senario dan lain‐lain lagi yang diperkenalkan sebagai alat pengukur untuk menentukan masa depan
adalah amat berguna bukan sahaja kepada para pendidik tetapi juga kepada pembuat polisi, perancang
dasar dan penggubal kurikulum negara.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.