[ No Description ]



 



SGD 13.52

Buku yang dihasilkan untuk bacaan dan rujukan pelajar penterjemahan dan interpretasi di universiti serta masyarakat umum yang berminat dalam bidang ini membincangkan perkara-perkara asas dalam bidang terjemahan dan interpretasi, diikuti dengan perbincangan tentang proses, analisis teks, pendekatan dan penilaian terjemahan. Perbincangan tentang peristilahan turut dimuatkan untuk mendedahkan pembaca kepada proses pembentukan istilah dan isu berkenaan pembentukan perkataan baharu. selain itu, penterjemah atau bakal penterjemah yang ingin bergiat aktif dalam penterjemahan pasti akan berminat dengan perbincangan tentang penggunaan peralatan dan teknologi dalam penterjemahan. Tambahan lagi, buku ini bukan sahaja membincangkan terjemahan semata-mata tetapi juga interpretasi yang berkait rapat dengan penterjemahan. Dua bab akhir dalam buku ini menelusuri dunia interpretasi dan membawa anda mengenali satu kerjaya penting dalam bidang ini. Justeru, buku yang merupakan nukilan para pensyarah yang pakar dalam tajuk perbincangan masing-masing. ini tentunya harus dimiliki dan dijadikan rujukan terutamanya oleh pelajar universiti dan masyarakat umum yang berminat dalam bidang terjemahan dan interpretasi.
view book