[ No Description ]



 



SGD 8.27

Kebolehan ataupun keupayaan kanak-kanak prasekolah sering disalah tafsir sebagai pencapaian. Kesilapan ini menimbulkan implikasi yang besar kerana ia dikaitkan dengan keseluruhan pelaksanaan program prasekolah baik dari segi pembelajaran kanak-kanak mahupun pengajaran guru. Buku ini menerangkan dan membincangkan tentang penilaian yang sebaik-baiknya dilaksanakan ke atas kanak-kanak, khasnya kanak-kanak yang berada di peringkat prasekolah. Kita perlu lebih menghargai perkembangan kemahiran kanak-kanak dalam ketiga-tiga domain, iaitu : *Afektif *Psikomotor *Kognitif Domain-domain tersebut dipamerkan melalui penaksiran autentik seperti rekod anekdot, rekod berterusan, senarai semak, rekod pensampelan masa dan peristiwa serta penaksiran portfolio. Penaksiran autentik yang dilaksanakan secara berterusan mampu menilai sejauh mana keupayaan ataupun kemahiran yang sudah dikuasai ataupun sebaliknya oleh kanak-kanak. Surayah Zaidon merupakan seorang bekas pensyarah prasekolah di Institut Perguruan Islam, Bangi. Manakala, Haslinda Md. Ali merupakan seorang pensyarah Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.
view book