[ No Description ]



 



SGD 9.00

Episod lalu, kehadiran Ridza Kim perlahan-lahan telah mengubah sikap Ammara. Dari seorang gadis yang berjiwa mati, dingin, tak mampu bersuara, Ammara cuba membina personaliti berbeza. Hidup bersama ‘kuasa’ pada sepasang tangannya bukan mudah. Malah Ammara tak pernah berani memasang impian untuk hidup normal seperti orang lain. Bercinta, berkahwin dan berkeluarga, layakkah dia? Namun pendirian itu berubah arah sebaik saja lamaran Ridza Kim diterima. Cuma laluan menuju bahagia tak pernah mudah. Ada misteri yang perlu dirungkai satu persatu. Dan Ammara perlu mencari haknya yang telah hilang. Tapi di mana? Angkara siapa? Menggunakan ‘kuasa’ yang dimiliki sepasang tangannya, satu persatu rahsia mula terbongkar. Dan lebih melukakan, kenyataan itu terlalu pahit untuk ditelan. Terlalu sukar untuk diterima! Ammara bangkit mengharungi ujian demi ujian dengan lebih cekal. Konflik antara dirinya dengan manusia penuh hasad dengki serta perasaan dendam terhadap bapa kandung sendiri kadangkala cukup melelahkan. Belum lagi termasuk sikap Ji Hyun yang tak reti move on itu. Malah kehadiran Hairi turut menambah gelora dalam hubungan cinta Ammara. Siapa Hairi? Dan kenapa kemunculannya begitu meresahkan jiwa Ridza Kim? Hidup ini tak mungkin dikata satu pertaruhan jika tak diduga dan diuji. Lantas, kekalkah bahagia di jalan mereka berdua? Atau masih ada halangan yang perlu ditempuhi bersama? . “Because I’m your husband. I akan sayang dan cintakan you selama-lamanya.” ~ Ridza Kim . “And I’m your wife, I will do the same too.” ~ Ammara

view book