[ No Description ]



 



SGD 1.41

Risalah yang bertajuk Pelaksanaan Outcome-Based Budgeting (OBB) di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) merupakan hasil daripada kajian kes yang dilaksanakan oleh tiga orang Felo Penyelidik Kanan INTAN. Pelaksanaan OBB dalam pengurusan kewangan awam adalah satu manifestasi peralihan daripada penilaian prestasi berasaskan output, kepada penilaian prestasi yang berasaskan kepada keberhasilan. Dalam hal ini, MAIPk telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan sistem OBB pada tahun kewangan 2013. Walaupun pelaksanaan OBB di MAIPk masih belum lengkap sepenuhnya, namun pengalaman agensi ini menerajui perubahan dalam pengurusan kewangannya boleh dijadikan contoh dan panduan kepada agensi lain.
view book