[ No Description ]



 



SGD 6.89

Novel ini menceritakan kisah dua orang kanak-kanak adik beradik, lelaki perempuan, yang diculik oleh kumpulan sindiket penjenayah terancang antarabangsa untuk tujuan pemerdagangan manusia. Penculikan ini berlaku di Taman Hiburan Ancol, Jakarta, ketika kanak-kanak tersebut dibawa melancong oleh ibu bapa mereka. Semasa mereka diculik, kanak-kanak lelaki itu berumur lapan tahun dan adik perempuannya berumur empat tahun. Kanak-kanak perempuan diselamatkan oleh seorang lelaki yang kebetulan terserempak dengan penculikan tersebut, tetapi kanak-kanak lelaki berjaya dilarikan oleh sindiket penjenayah tersebut dan kemudian ‘dijual’ kepada kumpulan gengster Yakuza-Tokyo, sebuah organisasi jenayah terancang terbesar di negeri Jepun. Sejak kecil hingga dewasa, kanak-kanak lelaki ini dididik dan dilatih untuk menjadi seorang penjenayah profesional. Hidupnya sebagai penjenayah berakhir apabila dia ditangkap Polis di KLIA ketika dia cuba menyeludup sejumlah dadah yang besar. Tetapi kanak-kanak perempuan yang diculik itu menerima nasib yang berbeza. Setelah diselamatkan daripada cengkaman penculik, kanak-kanak perempuan ini dipelihara dengan baik sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga bangsawan Jawa yang tinggal di Surabaya. Kanak-kanak ini menikmati hidup yang mewah dan bahagia sebagai anak angkat keluarga Jawa ini sehingga dia berjaya memperolehi ijazah kedoktoran daripada Universitas Gadjah Mada. Dia kemudian menjalin kasih sayang dengan seorang rakan sepelajarnya dari Malaysia. Mereka berdua kemudian berkahwin setelah tamat pengajian di universitas dan pasangan suami isteri ini menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Rahsia di sebalik identiti watak-watak utama dalam kisah ini terbongkar apabila ujian DNA dengan ibu bapa kandung mereka yang pada ketika itu masih hidup, mengesahkan bahawa penyeludup dadah yang ditangkap Polis di KLIA dan wanita anak angkat keluarga Jawa dari Surabaya itu, adalah tidak lain tidak bukan dua adik beradik mangsa penculikan yang berlaku di Ancol, Jakarta, lebih dua dekad yang lalu.
view book