[ No Description ]



 



SGD 7.59

Buku ini mengupas usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan, baik kerajaan British mahupun kerajaan Persekutuan dalam membanteras gerakan komunis di Tanah Melayu ketika zaman darurat (1948-1960). Pada masa sama, buku ini juga menilai keberkesanan usaha kerajaan dalam membanteras komunis dan memulihkan keamanan di Tanah Melayu. Perbincangan terhadap usaha kerajaan itu dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu tahap permulaan, tahap pengukuhan dan tahap penghapusan. Tahap permulaan (1948-1951) ialah ketika kerajaan merancang dasar dan mengambil langkah permulaan bagi mengawal keadaan darurat di Tanah Melayu. Peringkat ini bermula dengan pengisytiharan Undang-undang Darurat oleh Sir Edward Gent sehingga pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney oleh komunis pada Oktober 1951. Tahap pengukuhan (1952-1954) dalam usaha kerajaan membanteras komunis bermula dengan pelantikan Sir Gerald Templer sebagai Pesuruhjaya Tinggi British dan tahap ini berakhir dengan Templer meninggalkan Tanah Melayu setelah tamat tempoh perkhidmatannya pada pertengahan tahun 1954. Tahap kedua ini menyaksikan kejayaan usaha kerajaan dalam melemahkan pergerakan komunis dan memenangi sokongan penduduk kepada kerajaan. Tahap penghapusan (1954-1960) pula menyaksikan langkah pembanterasan komunis yang masih bergerak di Tanah Melayu di bawah Sir Donald MacGillivray selaku Pesuruhjaya Tinggi British sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pentadbiran negara seterusnya diambil alih oleh kerajaan Persekutuan dan usaha pembanterasan komunis terus dijalankan sehingga akhirnya zaman darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Usaha-usaha kerajaan tersebut sama ada dari segi politik, ketenteraan, sosial mahupun psikologi akhirnya telah dapat memenangi sokongan penduduk dan melemahkan pergerakan komunis sehingga saki baki komunis terpaksa berundur ke kawasan sempadan Thailand.
view book