[ No Description ]



 



SGD 7.76

Buku Penulisan Proposal Penyelidikan Ilmiah menghurai pelbagai aspek berkaitan penulisan proposal penyelidikan ilmiah. Menulis proposal kajian ilmiah perlu dilakukan dengan teliti dan menepati format atau standard yang ditetapkan oleh institusi. Buku ini memberi fokus pada tiga bab utama dalam sesebuah proposal iaitu Bab Pengenalan (Bab 1), Bab Rujukan Literatur (Bab 2) dan Bab Metodologi (Bab 3). Selain itu, perkara-perkara berkaitan penyelidikan ilmiah juga dibincangkan secara mendalam bagi menambah pengetahuan dan membantu kefahaman bakal-bakal penyelidik berkaitan penulisan proposal. Kandungan setiap bab dihuraikan dengan terperinci berpandukan contoh yang relevan. Adalah jelas, proposal yang bagus sangat membantu pengkaji menjalankan kajian hingga selesai. Buku ini diharap dapat memberi panduan kepada penyelidik dalam pelbagai bidang, bakal penyelidik terutamanya pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah. Maklumat yang dipaparkan di dalam buku ini juga diharapkan dapat membantu sesiapa sahaja yang ada perancangan dan keperluan menjalankan kajian ilmiah.
view book