"Di Malaysia, industri pembuatan ialah penyumbang utama ekonomi negara kerana pendapatan
Keluaran Negara Kasar Domestik (GDP) meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan oleh
eksport yang tinggi daripada sektor pembuatan setiap tahun seperti elektrikal dan elektronik,
farmaseutikal, tekstil serta produk berasaskan kayu, kelapa sawit dan sebagainya. Industri
berasaskan kayu dan biokomposit walaupun bukan penyumbang utama pendapatan ekonomi
negara, namun demikian dalam konteks nilai, ia mempunyai peranan yang penting dalam sektor
pembuatan. Pada tahun 2011 sahaja, industri berasaskan kayu dan biokomposit telah menyumbang
sekurang-kurangnya RM25 bilion nilai eksport negara. Setiap tahun Malaysia memerlukan sekurangkurangnya
25 milion m3 bagi industri perkayuan dan biokomposit dan eksport keperluan negara,
sedangkan setiap tahun sumber kayu semakin berkurangan disebabkan permintaan yang tinggi bagi
bahan mentah kayu. Justeru itu, bahan alternatif yang lain perlu digunakan sebagai sumber alternatif
bahan mentah industri perkayuan. Biomas (sisa pertanian kelapa sawit, daun nanas, batang pisang,
jerami dan sekam padi, dan lain-lain) perlu digunakan untuk mengatasi masalah kekurangan bahan
mentah. Sisa pertanian inilah yang dilihat berpotensi bagi menggantikan sumber sedia ada bukan
kerana hanya ia mesra alam berteknologi hijau tapi kos pengeluaran produk yang rendah berbanding
bahan-bahan mentah lain. Malah sejarah pada tahun 1938 membuktikan bagaimana Henry Ford
telah menggunakan sisa kacang soya untuk komponen rangka ataupun struktur dalaman kereta"
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.