Di serata dunia terdapat kesan bencana alam sekitar. Tiga faktor telah dikenal pasti menjadi penyebab bencana tersebut, iaitu Panas, Datar dan Sesak. Ketiga-tiga faktor ini mempengaruhi perubahan iklim dan secara tidak langsung memberi kesan kepada keselesaan manusia. Faktor-faktor ini tidak dapat dielak apabila berlaku pembangunan teknologi. Teknologi semakin maju hingga ke tahap teknologi tinggi untuk memenuhi pelbagai kehendak manusia dengan cepat. Mengejar hala tuju menuju tamadun tinggi dengan menggunakan teknologi tinggi juga mempercepatkan aktiviti manusia yang secara tidak sedar merosakkan alam sekitar. Aktiviti manusia mengeluarkan banyak gas beracun seperti karbon dioksida ke atmosfera yang menyebabkan kesan rumah hijau. Juga, yang tidak boleh dibendung adalah penambahan penduduk di seluruh dunia. Sekarang populasi dunia adalah 7 bilion dan akan bertambah menjadi 9 bilion dalam dua dekad lagi. Tempat penempatan manusia perlu dibekalkan, maka banyak lagi hutan belantara akan diterokai. Lama-kelamaan fungsi pokok untuk menyerap karbon dioksida jadi berkurang dan atmosfera akan penuh dengan gas tersebut. Juga dilaporkan kecenderungan penduduk berpindah dari tempat penempatan desa ke arah bandar. Sebanyak 70% penduduk akan tinggal di bandar. Maka reka bentuk bandar mesti mengambil kira kesan rumah hijau. Syarahan umum ini membentangkan ciri-ciri yang perlu difikirkan oleh perancang bandar dan ahli profesional dalam industri bangunan dan infrastruktur. Penyelidik dari pelbagai Institut Kajian Masa Hadapan bersetuju dengan ledakan “IoT” (Internet of Things) yang akan mempengaruhi kehidupan manusia pada masa hadapan. Kita perlu menyediakan diri untuk menerima ledakan ini.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.