[ No Description ]



 



SGD 7.71

Buku ini memaparkan teori-teori berhubung dengan ekonomi buruh, selain turut memberikan gambaran tentang sejauh mungkin keadaan ekonomi pasaran buruh di Malaysia berdasarkan kajian empirik dan laporan kedudukan buruh di negara ini. Di samping itu, maklumat kajian dan laporan tersebut juga meliputi dasar-dasar dan perundangan buruh di Malaysia. Secara khusus perbincangan dalam buku ini lebih memberikan penekanan antaranya isu-isu penting pasaran buruh seperti pelaburan modal manusia, mobiliti dan migrasi, diskriminasi pasaran buruh, kesatuan sekerja, perbezaan upah pekerjaan dan pengangguran terkini di Malaysia. Buku ini sesuai dijadikan buku teks untuk para penuntut yang mengikuti kursus ekonomi buruh dan sebgai buku rujukan untuk para penuntut kursus ekonomi mikro, ekonomi organisasi dan perhubungan perindustrian.Tidak ketinggalan buku ini juga sesuai digunakan oleh para penyelidik, orang perseorangan dan ahli ekonomi buruh yang ingin mendalamkan pengetahuan dalam bidang ini.
view book