Pengurusan tingkah laku merupakan aspek penting dalam pendidikan khas yang setakat ini kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Buku Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas mengandungi himpunan strategi untuk meningkatkan tingkah laku positif kanak-kanak berkeperluan khas. Program pengurusan tingkah laku ini adalah hasil usaha kolaboratif panel pakar bidang pendidikan khas serta pakar bidang keperluan khas klinikal. Strategi-strategi yang dipersembahkan dalam program pengurusan tingkah laku ini adalah berasaskan prinsip behaviorisme, pembelajaran sosial dan kognitif-behavioral. Di samping teori, langkah pelaksanaan yang merangkumi langkah penyediaan bahan dan langkah implementasi dijelaskan. Program pengurusan tingkah laku ini sesuai diaplikasi di dalam kelas pendidikan khas, kelas inklusif, persekitaran terapi klinikal serta di rumah. Penyelidikan kajian lapangan telah dilaksanakan untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan strategi ini di dalam kelas pendidikan khas. Ibu bapa, keluarga, pengamal pendidikan khas seperti guru serta pengamal kesihatan seperti ahli psikologi merupakan sasaran pembaca buku ini. Buku ini juga sesuai digunakan sebagai buku teks akademik untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang pendidikan khas. Pihak pengarang berharap agar buku ini boleh memanfaatkan semua anggota masyarakat yang terlibat dalam proses pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.