Penyelidikan terhadap bidang etnomatematik dan etnosains di Alam
Melayu oleh para penyelidik Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM),
Universiti Putra Malaysia merupakan satu usaha yang tidak ternilai dalam
menerokai khazanah ilmu Melayu. Etnomatematik merupakan kajian
tentang matematik yang lahir dalam budaya dan etnik sesuatu kaum.
Mengenali etnomatematik merupakan kunci untuk memahami matematik
kontemporari yang berkembang daripada susur galur yang sama. Etnosains
pula merujuk kepada sains yang terbina dalam sesuatu masyarakat dan
etnik tertentu. Setiap etnik mempunyai paradigma pemikiran sains yang
dipengaruhi oleh budaya, adat resam, tradisi ilmu dan latar belakang
masyarakat. Justeru, pendedahan yang dilakukan tentang bidang ini telah
membantu mengangkat martabat tamadun masyarakat Melayu zaman
Silam.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.