[ No Description ]



 



SGD 5.28

Dalam hatiku hanya ada kamu. IZZAH seorang gadis lincah dan bergaya, dipaksa oleh ibunya memohon jawatan pembantu penyelidik kepada Profesor Izmir. Memang bertentangan dengan hidup Izzah untuk bekerja dengan seorang profesor. Tambah-tambah lagi dia dipaksa oleh ibunya memakai hijab dan menukar penampilannya. Kalau tidak, dia akan dihantar ke Melbourne. Mahu tidak mahu, Izzah menghadiri temu duga itu. Terkejut besar Izzah bila mendapat tahu Profesor Izmir ini adalah lelaki yang berperang mulut dengannya di Baskin Robbins sehari sebelum itu. Disebabkan Izzah berhijab, Profesor Izmir tidak mengenali dirinya. Peristiwa Izzah bermalam di rumah Profesor Izmir telah menyebabkan ibu bapanya masuk meminang Izzah. Tidak sangka pula, ibu Izzah menerimanya. Profesor Izmir dan Izzah sebenarnya benci antara satu sama lain. Namun mereka akur juga dengan kehendak kedua ibu bapa mereka. “Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tak nak terikat dengan orang macam awak. Bingit telinga saya, pagi, petang, siang, malam.” ~ Profesor Izmir. “Saya bukan desperate sangat nak kahwin. Saya masih muda. Saya generasi Y dan profesor generasi X. Memang tak sesuai langsung!” ~ Izzah. Insiden fieldwork membuat Profesor Izmir sedar betapa bernilainya Izzah dalam hatinya. Izzah mula menerima cinta Profesor Izmir. Namun kehadiran Dania, ibu tiri Izzah mengancam hubungan Profesor Izmir dan Izzah. Siapakah Dania pada Profesor Izmir sebenarnya? Adakah ruang bahagia untuk Izzah dan Profesor Izmir? Dan siapa sebenarnya soulmate Profesor Izmir?
view book