[ No Description ]



 



SGD 8.10

Permainan takdir itu rumit dan pelik, dan manusia biasa takkan pernah tahu corak dan hala tujunya. Begitulah takdir hidup seorang Edison Ng yang menyangka dirinya sudah temui bahagia apabila dianugerahkan seorang gadis yang boleh menerima baik buruknya. Bahagia yang diharapkan, rupanya bertahan sejenak cuma.

Satu insiden berdarah memusnahkan harapannya untuk hidup gembira seperti orang lain, sekali gus membuatkan hati Edison Ng terus gelap dan kosong. Timbul kemarahan pada Tuhan kerana memberikan dia hidup yang malang.

“Screw Him! Screw the damn God! Apa yang Kau tak puas hati dengan aku?!! Hah?? Sini! Turun sini!! Jawab dengan aku! Kenapa kau benci aku sangat sampai buat hidup aku jadi macam ni?!!!”

Tetapi benarkah ujian demi ujian yang ditakdirkan tanda Tuhan benci? Benarkah Tuhan hanya mahu dia menderita hingga dia mati?

Dalam dia panasaran meneruskan hidup tanpa arah tuju, takdir menemukan Edison Ng dengan Ahmad Tariq yang mengubah persepsinya tentang kehidupan. Persahabatan terjalin, tanpa mereka sedari yang di dalam hati mereka, ada wanita yang sama. Dr Teja Amani.

Sekali lagi, Ed dan Miss Pen Pal bertemu dan terperangkap dalam cinta tiga segi.

Apakah Tuhan bakal memberikan takdir indah buat Ed kali ini dengan mengizinkan dia Bersatu dengan cinta pertama? Atau sekali lagi, takdir bakal membuatkan dirinya kecewa?

Utusan Cinta Dia… Bukan kisah cinta biasa…

view book