[ No Description ]



 



SGD 4.54

Satu. Nilainya sungguh sedikit tetapi sering dijadikan kedudukan tertinggi di dalam sesebuah permainan mahupun pertandingan dan ingin dicapai oleh para peserta yang mengambil bahagian. Begitu juga Alif, pelajar tingkatan tiga yang baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Banting. Dia dimasukkan ke dalam kelas pertama iaitu kelas 3 Alamanda kerana mempunyai IQ yang setaraf pelajar di dalam kelas itu. Semasa ingin memperkenalkan diri, alangkah terkejutnya dia melihatkan rakan-rakan sekelasnya tidak mempunyai sebarang perasaan dan mereka dilabel sebagai ‘ROBOT’ di sekolah itu. Semasa ujian bulanan pertama, dia mendapat nombor terakhir di dalam kelas itu. Disebabkan itu, dia bertekad untuk mendapat nombor satu. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi sehinggalah dia mendapat satu rahsia daripada kawannya, Dafi. Supaya menggunakan ‘toyol’. Mampukah Alif mendapat nombor satu di dalam kelasnya serta tidak terbabit dengan... sikap robot rakan-rakan sekelasnya?
view book