Bendera di atas Bukit by A. Samad Said

Bendera di atas Bukit by A. Samad Said from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: A. Samad Said
Category: Children
ISBN: 978-967-410-154-1
File Size: 0.45 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Semasa cuti sekolah, empat sahabat yang sukakan cabaran iaitu Abu, Majid, Yahaya dan Rukiah di ajak bercuti ke rumah Rasyid, sahabat Abu di Tanjung Karang. Mereka berkumpul untuk berbincang di dalam pondok yang mereka bina sendiri di atas sebuah bukit kecil. Setelah bersetuju dengan rancangan percutian itu, Abu terus menghantar surat kepada Rasyid sebagai tanda menerima pelawaannya ke Tanjung Karang. Namun, rupa-rupanya dalam tempoh masa itu, kampung mereka diganggu pencuri. Keadaan ini membuatkan Abu, yang bertindak sebagai ketua kumpulan mereka, rasa terpanggil untuk menolong. Mereka berempat mengadakan perbincangan dan bersepakat membatalkan percutian mereka ke Tanjung Karang. Mereka mahu menggantikan rancangan percutian dengan menyiasat kes kecurian di kampung mereka. Abu membahagi-bahagikan tugas antara mereka, dan mereka mula menyiasat beberapa watak mencurigakan seperti Sulaiman, seorang pemuda pelik dan pendiam serta seorang lelaki tua yang tinggal sendirian di kawasan tinggal di atas bukit.

Reviews

Write your review

Recommended