Memecah Masalah (Soal Jawab Guru) by Norbi Husin
(price excluding 0% GST)
Author:
Norbi Husin
Category:
General Academics
ISBN:
978-967-61-2469-2
Publisher:
UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
File Size:
3.13 MB
(price excluding 0% GST)
Synopsis
Memecah Masalah mendedahkan dan memberi kefahaman kepada golongan pentadbir sekolah dan pendidik mengenai permasalahan perguruan yang sering diutarakan oleh kebanyakan guru dan cara untuk menanganinya dalam bentuk soal jawab. Buku ini turut menyentuh tentng pelbagai ragam pengetua sekolah dan guru-guru perlu bijak mengatasi untuk mengelakkan berlakunya konflik. Hal ini kerana, silap percaturan boleh menyebabkan "yang putih menjadi hitam" dan "yang jernih menjadi keruh".
Mengajar pelbagai proses membina manusia cemerlang bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai sebuah aktiviti penyampaian ilmu, mengajar memerlukan kebijaksanaan, kreativiti, kejujuran dan kesabaran dalam pelaksanaanya. Elemen-elemen ini perlu diadunkan menjadi satu untuk membentuk kecemerlangan pelajar, sekolah dan guru itu sendiri.
Guru perlu mempunyai seni mengajar dan bersikap kreatif. Ramai yang mampu mengajar tetapi bukan semua orang dapat mengajar dengan baik, menarik dan berkesan. Melalui buku ini, penulis, menjelaskan sikap yang perlu ada pada seorang guru untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan disenangi oleh rakan-rakan guru yang lain. Budaya kerja kelas pertama perlu sentiasa dipraktikkan selain inisiatif untuk mempelbagaikan pedagogi pengajaran supaya pelajar tidak akan berasa bosan dengan kaedah yang sama setiap hari.
Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bacaan oleh guru-guru dan juga bakal guru bagi meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan seterusnya pembelajaran murid.
Reviews
Be the first to review this e-book.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.