Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah by Ridzwan bin Bakar

Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah by Ridzwan bin Bakar from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: Teen Novel
ISBN: 978-967-366-249-4
File Size: 1.23 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Buku ini ditulis bagi mengisi vakum yang kurang diisi oleh penulis-penulis lain khususnya bagi membina semangat haji bagi generasi muda. Sesuatu yang saya fikirkan ketika menunaikan haji pada 2002 dan diikuti oleh umrah pada 2003, 2004, 2006 dan 2008, ternyata rakyat Indonesia membangkitkan semangat haji muda ini. Secara kasar (bukan kajian ilmiah), rata-rata Indonesia diwakili oleh orang muda berpasangan suami-isteri, boleh dikatakan komposisi yang seimbang antara orang muda dan warga emas. Berpaksikan kepada keinginan ini, usaha bagi menulis catatan perjalanan dan tarbiah haji bagi orang muda sepatutnya dikongsi bersama. Semua individu Muslim mahu melaksanakan haji tetapi menangguhkan hasrat kerana dua faktor utama iaitu belum sampai seru dan himpitan kewangan. Buku ini disusun bagi memberi kita peluang berfikir, belum sampai seru dan himpitan kewangan dapat diatasi, justeru merealisasikan haji muda. Kandungan buku ini meliputi aspek seruan haji, menggoncang minda keinsafan, mencadangkan persediaan, cabaran haji dan panduan kewangan bagi bakal tetamu Allah. Bagi saya, seruan haji sepatutnya lahir dari dalam diri dan diterjemahkan melalui perbuatan. Semua orang perlu mencari 'seruannya' sendiri dengan membuat perancangan haji semasa muda, berazam sungguh-sungguh dan diikuti dengan doa.

Reviews

Terbaik
by NURUL ZAIDI BIN KASBOLAH on October 03, 2023

Penulisan daripada pengalaman penulis yang sangat menarik

Write your review

Recommended