Hingga Dia by Orked Putih

Hingga Dia by Orked Putih from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: Hingga Dia
Author: Orked Putih
Category: Teen Novel , Romance
ISBN: 978-967-12187-0-9
File Size: 1.34 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

HINGGA DIA Nia, gadis kampung yang cantik, bijak dan cekal. Perawakannya yang merendah diri membuatkan dirinya begitu mudah untuk disayangi dan didekati. Hidupnya penuh laluan berduri namun ketabahan hati menjadikan jiwanya kental. Sejak usia remaja lagi Nia sudah meminati Adam. Usulan ibu mertua agar Nia dan Adam disatukan diterima dengan hati penuh berbunga. Sangkanya, itulah jua permintaan lelaki idamannya itu. Namun, dia tidak menyangka perkahwinannya belayar di ribut gelora sejak hari pernikahannya lagi. Derita perkahwinannya ditelan sendiri, tidak diceritakan kepada nenek, mak su mahupun Yati, sahabat akrabnya. Walau jiwanya terseksa, dia tekad untuk menyelamatkan rumahtangganya. Adam Zikri, ahli korporat muda yang tampan dan sering mencuri perhatian. Lantaran rasa sayang dan hormat kepada kedua ibubapanya, dia menurut dengan berat hati permintaan ibunya agar dia menikahi Nia Zara, anak yatim yang telah kematian ibu bapa sejak dari kecil lagi. Sangka Adam, Nia merupakan wanita mata duitan yang sanggup mengorbankan cinta orang lain demi mencapai kepuasan duniawinya. Tanpa Adam sedari, dia menyalahkan Nia atas perkahwinan itu. Nia dihukum secara mental dan emosi apatah lagi kehadiran Nia menjadi penghalang hubungannya dengan Netty. Kemunculan Iskandar di dalam hidup Nia secara tidak sengaja mengubat duka hatinya. Iskandar, seorang usahawan terulung yang diibaratkan sebagai ‘The Most Eligible Bachelor’ ketika itu, sering menjadi perhatian media. Pada pandangan mata Iskandar pula, Nia adalah wanita istimewa. Wanita yang sukar dicari dewasa ini. Mungkinkah Adam akan melepaskan Nia kepada Iskandar? Mampukah Iskandar menembusi tembok hati Nia untuk lelaki lain? Atau mungkinkah Adam mulai sedar bahawa Nia telah menakluki hati dan jiwanya? Ketika badai melanda hubungan Adam dan Nia, apakah akhirnya kesudahan hubungan mereka? Mungkinkah akan terbit cinta di dasar gelora ? Biarlah hati yang menentukan …

Reviews

Hingga Dia
by Joan on December 18, 2014

good

hingga dia good job orked
by lara mayesha on February 10, 2015

suka dengan cerita ni bila dah baca makin lama makin menarik jalan ceritanya saya menanti karya baru dari penulis

5 Bintang!!!
by Juliana Ismail on July 03, 2018

Jalan cerita mmg best dan tak membosankan. Great novel.

best
by normaziah zulkifli on July 20, 2022

jln cerita yg menarik!

hingga dia
by on March 21, 2024

bestttt

Write your review

Recommended