Seharum Kasih by Aina Emir
Synopsis
Pertalian yang mula menguntum melalui bait kata-kata, apakah ia sekadar ilusi dan trend orang muda sahaja? Mengapa begitu sukar buat Rasya Aleeya untuk mempercayai kejujuran hati Syed Reeza? Mungkinkah kerana rupa dan gosip yang datang mengganggu jiwa, atau kerana apa yang pernah terjadi pada latar dirinya? Fitnah yang dilontarkan membuat Rasya menerima kasih yang sudah lama tersemat pada Fahmi, lelaki yang sudah lama dikenalinya. Namun ombak yang datang telah mengubah pasir di pesisiran dan seterusnya membawa Rasya jauh menghilangkan diri lalu membawa hati yang sudah tidak keruan lagi. Pun begitu, dunia yang luas mampu menjadi kecil buat sepasang hati yang merindui. Pertemuan yang tidak diduga merapatkan cinta yang hampir terpadam, tetapi sanggupkah Rasya menghancurkan harapan seorang gadis bernama Hilda yang tidak pernah bersalah? Apakah keputusan yang mahu diambil Rasya untuk mengubat jiwa yang masih resah gelisah? Sama-samalah kita berhibur dan menghayati perjalanan cerita yang tersirat di novel ëbest sellerí Aina Emir ini.
Reviews
The best novel ever I read
Saya suka jalan cerita ini, buat saya tak sabar nak tau cerita selanjutnya. Cuma satu, tatabahasa bahasa Peranchis di dalam cerita ini tak berapa betul. Sepatutnya dirujuk kepada orang yang mahir terlebih dahulu sebelum diterbitkan.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.