WARISAN KEPIMPINAN DAN KETUANAN MELAYU 1945-2013 by Ishak Saat

WARISAN KEPIMPINAN DAN KETUANAN MELAYU 1945-2013 by Ishak Saat from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Ishak Saat
ISBN: 978-967-2183-41-9
Publisher: Penerbit UTHM
File Size: 3.85 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Buku ini merupakan hasil kajian berkaitan dengan perkembangan politik sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah memasuki era alaf baharu. Ia cuba menyingkap sejarah perkembangan kepimpinan politik Melayu selepas Perang Dunia Kedua iaitu bermula dari era zaman moden. Ia turut memaparkan tentang bangsa Melayu yang mendominasi Malaysia dari segi kependudukan dan kepimpinan politik sejak zaman-berzaman. Tempoh masa kajian, iaitu dari 1945 hingga 2013 ingin memaparkan perkembangan dan hala tuju kepimpinan politik Melayu, serta sejarah kepimpinan Melayu yang memperlihatkan kepelbagaian aliran pemikiran pemimpin dalam masyarakat Melayu. Lantaran itu, melahirkan kelompok-kelompok politik yang berjuan untuk mendapatkan kuasa. Buku ini mengandungi 7 bab. Bab 1 memaparkan tentang asal usul bangsa Melayu. Bab 2 membicarakan persoalan latar belakang politik Melayu. Bab 3, 4 dan 5 membicarakan persoalan kepimpinan politik Melayu yang dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu bab 3 tentang kepimpinan politik Melayu sebelum merdeka. Bab 4 membicarakan tentang kepimpinan politik pasca merdeka dan bab 5 pula membicarakan kepimpinan politik Melayu di alaf baharu. Bab 6 pula mengajak para pembaca memikirkan tentang masa depan politik orang Melayu yang perlu diacukan dengan acuan yang berteraskan Islam. Kemudian bab terakhir pula merumuskan keseluruhan buku ini yang melihat sejauh manakah warisan kepimpinan dan ketuanan Melayu meninggalkan kesan terhadap masa depan dan hala tuju bangsa Melayu? Lantaran itu, buku ini menyarankan agar seluruh kepimpinan politik Melayu melihat sejarah bangsa Melayu dan mengambil iktibar daripadanya.

Reviews

Menarik
by Zulkifli Bin Ahmad@Manap on September 05, 2019

Mempelajari sejarah berkaitan ketuanan melayu yang sudah dilupai oleh ramai orang Melayu sendiri.

Write your review

Recommended