Naratif dan Protagonis dalam Reka Bentuk Warisan: Satu Penceritaan Budaya by Azizi Bahauddin

Naratif dan Protagonis dalam Reka Bentuk Warisan: Satu Penceritaan Budaya by Azizi Bahauddin from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Azizi Bahauddin
ISBN: 978-967-461-238-2
File Size: 8.15 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

"Naratif dalam reka bentuk warisan ini memberikan gambaran terhadap kajian kes yang menggunakan naratif sebagai satu bentuk pertanyaan penceritaan berdasarkan interpretasi sosiobudaya, dan idea-idea budaya tidak ketara yang mempengaruhi budaya ketara. Naratif adalah satu penyiasatan penyelidikan kualitatif yang melibatkan kaedah bercerita. Kaedah ini agak baru dalam mengkaji reka bentuk dan juga pengalaman seseorang berkaitan dengan reka bentuk yang dikaitkan. Seperti yang difahami melalui pendekatan secara naratif, proses ini berolah secara bercerita tentang segala pengalaman sebagai naratif pertanyaan. Hal ini menonjolkan perkara berkaitan budaya dan membentuk pemahaman teori baru tentang pengalaman rakyat. Naratif ini berlaku dalam konteks kaedah kajian fenomenologi atau pengalaman rakyat yang mengetengahkan penceritaan secara naratif. Kisah yang terperinci ini merangkumi pengalaman yang dialami oleh bangsa Melayu melalui sulur galurnya yang mempengaruhi reka bentuk warisan mereka sejak Sejarah Melayu mula direkodkan. Dari sudut perspektif, naratif dalam reka bentuk warisan adalah satu penceritaan pengalaman hidup yang terlibat secara langsung dalam pemahaman pembinaan reka bentuk warisan yang dipengaruhi kuat oleh unsur-unsur budaya dan tradisi. Tradisi ini adalah sesuatu yang dicipta dan dipersetujui dalam masyarakat yang terlibat sebagai satu cara untuk memahami kefahaman budaya yang kompleks juga berlapis-lapis dan kepekaan terhadap nuansa nilai budaya yang boleh dijadikan pengajaran atau ikutan. Pendekatan dalam penyelidikan reka bentuk biasanya memberi tumpuan kepada kehidupan individu seperti yang diceritakan melalui cerita-cerita mereka sendiri untuk dikaitkan dengan reka bentuk yang disiasat. Idea ini dapat mewujudkan drama visual reka bentuk. Sebuah cerita biasanya mempunyai protagonis, satu atau lebih watak-watak sokongan dan sering dipengaruhi oleh kepercayaan budaya dan adat resam. Protagonis adalah watak utama dalam sesuatu penceritaan. Secara teknikal, hanya ada satu protagonis dalam sesuatu naratif, walaupun sering kali terdapat penggunaan perkataan yang merujuk kepada dua atau lebih watak-watak utama. Dalam reka bentuk warisan terdapat juga ungkapan sebegini yang dibina daripada budaya dan kepercayaan masyarakat. Namun kebanyakan naratif seni bina menjurus kepada satu protagonis dengan disokong oleh protagonis yang tersembunyi. Naratif budaya dalam reka bentuk ini juga bersempadan dengan kefahaman kejuruteraan terutamanya dari aspek pembinaan. Untuk itu, naratif reka bentuk juga telah mengalami kesan terhadap penggunaan bahan-bahan baru dan inovasi dalam bidang pembinaan, struktur, atau pemasangan struktur seni bina dalam menghadapi cabaran peredaran masa dan mengekalkan sejarah yang mampan. Definisi sebenar protagonis yang membawa pemerhatian masyarakat ke dalam cerita adalah suatu watak yang mengejar matlamat cerita. "

Reviews

Write your review

Recommended