Saat Aku Berpaling by Adry Tihani

Saat Aku Berpaling by Adry Tihani from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Adry Tihani
Category: Romance
ISBN: 9789671388884
File Size: 2.00 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Tidak mudah menjadi Nadhirah. Sejak kecil dia sudah biasa dicaci, dimaki, diherdik, dihina, didera dan dikecam. Malah mendapat bapa tiri kaki pukul dan kaki botol, babak pergaduhan antara Natrah dan Johan telah menjadi hidangannya saban hari. “Give me some money and I let her go.” – Johan “Kill her Johan! Do you really think that I would care?” - Natrah.Saat dirasakan dunianya gelap, muncul seorang lelaki menyelamatkannya. Dalam keterpaksaan, dia diterima dalam keluarga Tan Sri Malik dan Puan Sri Munirah. Fikirnya babak sedih dalam hidupnya akan berlalu pergi. Namun... “Kehadiran Nadhirah dalam keluarga ini adalah rahsia. Papa tak nak orang luar tahu pasal kewujudan dia. Faham?” – Tan Sri Malik. Beberapa tahun berlalu. Dia memilih untuk kembali ke Australia, menyambung pengajian di sana sambil meneruskan legasi ibunya. Di sana dia mengenali Imran. Lelaki yang mampu membuat hatinya yang mati kembali penuh dengan rasa. Dia mula menggantung harapan. “Jangan lah reject lamaran saya. Awak tak kesiankan saya ke? Kalau awak tolak, siapa lagi yang nakkan saya ni.” – Imran Dalam diam, kehadiran Faliq, peguam muda a.k.a Penyamun Australia mengusik jiwa gadisnya. Dia terperangkap. Antara Imran dan Faliq, siapa yang harus dia pilih? “Saya sukakan awak. Sebab tu saya cari awak.” - Faliq Akhirnya rahsia yang merantai dirinya dan keluarga Tan Sri Malik terbongkar jua. Dia kecewa. Hatinya parah dilukai. Teganya lelaki yang dia sayang sepenuh jiwa merobek seluruh kepercayaannya. Dilukai berkali-kali, kali ini dia tekad. Dia jadi pendendam. Mengatur satu persatu rancangan asalkan hatinya puas dan dendamnya terbalas. Adakah Nadhirah berjaya dalam rancangannya? Apa yang terjadi pada keluarga Tan Sri Malik dan Puan Sri Munirah? Bagaimana pula kisah hidup Natrah dan Johan? Apakah hubungan Natrah dan Tan Sri Malik? Antara Imran dan Faliq siapakah yang layak bertakhta di hati Nadhirah?

Reviews

Saat Aku Berpaling
by husneyney on April 18, 2019

Jalan cerita boleh tahan menarik. Ringan and comel part percintaan which for me sangat okay begitu, so boleh fokus dekat konflik nadhirah + rancangannnya untuk balas dendam tu.

SAB
by Norita bt Hashim on July 23, 2019

best

Daebakkk!
by Riana Ismail on September 04, 2019

Suka dengan novel ni! Sweet sangattttt. Adui tapi masih ada ke manusia macam Imran. T.T

Saat aku berpaling
by latipah ahmad on April 19, 2020

best storyline. must read.. first to the end of e story super best. congrats

kisah yang menarik utk di baca
by anafati on May 13, 2020

Best

saat aku berpaling
by Farhana on December 21, 2020

perghhhhhhhhhh.hebat sgt buku ni.puas hati baca.tq penulis

Saat Aku Berpaling
by Najla on March 24, 2021

Bukan cerita biasa. Saya suka!

saat aku berpaling
by on June 06, 2021

besttttt

Saat Aku Berpaling
by WAN NUR BIDAYATUL HIDAYAH BINTI WAN AZIZAN on July 13, 2021

I almost cry when Nad and fariq was end their relationship..As usual, the happing ending..I love it because everyone deserved to be happy

worth it
by Shee Yussarima on October 05, 2021

different genre of malay books, isn't just about love novel...its something new for malay novel like a korean drama

saat aku berpaling
by Hajar on April 21, 2022

BEST SANGAT-SANGAT!!

Itsapeaceful
by sue aida on May 14, 2022

Nice story

saat aku berpaling
by norhasnah on May 20, 2022

best! tahniah penulis

Jalan cerita yang berbeza dan unik
by Shahliza on September 28, 2022

Penulis memberikan satu jalan cerita yg believable dan bukan hanya berkisar tentang cerita klise tentang kahwin paksa. Jalan cerita yang membawa kepada perubahan Nad menjadi seorang yang pendendam memang logik serta cara utk Nad menjalankan rancangan utk melaksanakan dendamnya diceritakan dengan cara yang strategik dan teratur. Tidak ada bahagian dimana penulis skip sehingga beberapa tahun tanpa memberikan perkembangan cerita. Saya tidak dapat menghentikan pembacaan sehingga penamat cerita. Syabas dan tahniah penulis dengan novel ini.

berpaling
by on December 28, 2023

bagus

Write your review

Recommended