Sikap cemburu dialami Dahlia ketika mengandung benar-benar menguji kesabaran suaminya.
Wandi, bapa kepada dua anak memiliki sikap sabar yang jarang-jarang ada pada orang lain, kini teruji dengan cemburu Dahlia yang keterlaluan.
DAHLIA ~ “Abang jangan nak elakkan diri, ya. Bagi saya, perkara macam ni penting untuk kita ambil tahu. Apa akan jadi pada saya dan anak-anak kalau tiba-tiba abang boleh tergoda dengan perempuan lain?”
WANDI ~ “Ya Allah. Awak tak perlu fikir bukan-bukanlah. Abang sayangkan keluarga kita dan fikirkan masa depan awak dan anak-anak saja. Abang nak kita tua sama-sama dan didik Mira dengan Aina sampailah mereka dah besar. Abang tak sukakan perpisahan. Jadi, awak tolong jangan sebut perkara negatif macam tu. Selagi abang cintakan awak, takkan timbul isu abang boleh tergoda dengan sesiapa pun.”
Itu kata-kata Wandi pada awalnya. Namun, apa yang berlaku ketika Suraida muncul semula?
Siapa Suraida?
"Abang janganlah cakap kuat-kuat. Malulah Su depan orang ramai ni."
"Kejar suami orang tak malu?"
"Abang jangan nak menghina. Su ikhlas cintakan abang."
Panas hati? Itu yang dirasakan Dahlia apabila mengetahui wujud seorang gadis bernama Suraida yang terlebih dahulu mengenali suaminya.
Apa akan terjadi pada rumah tangga mereka ketika Suraida membuat pengakuan berani mati untuk mendapatkan kasih sayang Wandi semula?
Reviews
Saat Cinta Diuji
by on August 19, 2021
Bertuahnya Dahlia dapat suami macam Wandi. Semua ciri-ciri suami yang sempurna ada padanya kecuali tak pandai memasak dan beli barang-barang rumah. Tapi itu semua boleh belajar. Pakej rupa paras yang menjadi tarikan perempuan lain memang rasa nak simpan je si suami tu kat dalam almari. Perasaan cemburu yang melampau Dahlia tu biasa je bagi sesetengah perempuan, untungnya Dahlia hanya begitu semasa mengandung jika nak dibandingkan dengan wanita lain yang memang macam tu setiap masa. Persoalan yang ditimbulkan pula seperti sama pulak dengan apa yang difikirkan saya. Mini novel ini cepat saja dihabiskan pembacaannya. Bolehlah layan dengan konflik yang tidak terlalu memeningkan kepala..
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.