AMZAR MUKHRIZ. Seorang lelaki yang punya segalanya kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan cinta itu sukar untuk diluahkan meskipun dia sudah memiliki teman istimewa secantik RATNA.
Keegoan Amzar tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang berani melawannya. Bermula dari seorang pekerja, status itu tiba-tiba berubah gara-gara kejadian malam itu!
“Aku setuju dengan pernikahan ni semata-mata kerana mama dan papa juga kerana maruah keluarga aku sendiri. Bukan disebabkan kau. Ingat, kalau ada sesiapa yang tahu tentang pernikahan ni, tahulah nasib kau!” - AMZAR MUKHRIZ.
AINUR MARHA. Apabila menyebut tentang cinta, telah lama dia berputus asa apabila kesetiaannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, Marha nekad, tiada lagi cinta untuk mana-mana lelaki. Tetapi takdir berlaku sebaliknya. Tanpa mengetahui kesalahannya sendiri, dia harus menerima kebencian Amzar Mukhriz. Namun, dia bertekad. Hubungan yang sia-sia ini harus ditamatkan!
“Tuan kena lepaskan saya kalau tuan tak nak dosa tuan bertambah. Tuan tak tahu betapa jahatnya saya. Tuan pernah cakap saya ni perempuan murah kan? Saya akan tunjukkan macam mana murahnya saya sampai tuan serik nak simpan isteri macam saya.”- AINUR MARHA.
Tapi ikrar Amzar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Marha tekad dengan keputusannya. Kehadiran Naqib dan Rafiq menambahkan resah di hati Amzar. Mampukah hubungan yang terbina tanpa sengaja itu bertahan lama? Mungkinkah hubungan yang bermula kerana satu kesilapan akan terus bertahan?
“Hentikanlah angan-angan kau untuk hidup bahagia. Aku takkan benarkan kau hidup bahagia dengan aku apatah lagi orang lain.” - AMZAR MUKHRIZ.
Reviews
sgtt bestt
by firas farhan on October 25, 2019
best sgtt tak puas baca. hihi
Best
by Fariha Mustapha on November 27, 2019
Salah satu ebook yang wajib dibeli. Jalan penceritaan yang menarik. Teruskan hadiahkan pembaca dengan karya-karya yang menarik ye penulis.
Rindu dalam rahsia
by azmira azhari on August 03, 2020
Dah beli, x dapat baca. X tahu kemana perginya e-nov stlah dibeli. Bukan pertama kali beli, selau ok je terus boleh baca. Tapi belian kali ni ceritanya hilang entah kemana.
So sad ????????
Reply to: azmira azhari
by e-Sentral on September 11, 2020
Mohon untuk log masuk menggunakan akaun yang digunakan semasa pembelian bagi mendapatkan ebook tersebut.
Maklumkan kepada kami jika memerlukan sebarang bantuan. Terima kasih.
TERUJA
by FUZEINAH BT AHMAD on January 03, 2021
GERAM PULAK BACA ..terbaik..menangis weii baca
best
by Nadiah on January 17, 2021
best
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Recommended
Please key in your BCARD No. at the payment page and click 'Earn Points'.
If you did not key in BCARD No., a notification email will be sent to you.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.