[ No Description ]



 



SGD 8.10

BLURP Ketenangan hidup seorang gadis desa terganggu apabila secara tiba-tiba dia diculik oleh sekumpulan penjenayah yang menginginkan sebutir berlian berharga jutaan ringgit daripadanya. Berlian yang dipercayai telah dirampas oleh ayah kandungnya sendiri! AISY RAISYA tergamam. Dia bingung. Penculikan itu telah membongkarkan identiti sebenar ayahnya yang selama ini disanjung tinggi. Aisy kehilangan kata. Dek kerana perbuatan si ayah, Aisy menanggung akibat. Diculik, dikurung dan diseksa oleh Razak Hitam yang ingin melihat TUAN ZABIR melutut di hadapannya. Keengganan Tuan Zabir untuk mengembalikan berlian tersebut menyebabkan Razak Hitam mengambil tindakan sendiri. Aisy Raisya harus dijual dan dijadikan pelacur! Akan tetapi, rancangan itu tidak menjadi seperti yang dirancangkan. QARTAL muncul sebagai penyelamat meskipun dia salah seorang daripada penculik yang bertanggungjawab meletakkan nyawa Aisy dalam bahaya! Meskipun kepercayaan kepada Qartal bukanlah seratus-peratus tetapi demi menyelamatkan nyawanya, Aisy sanggup. Namun, keadaan bertambah kusut apabila dengan tidak sengaja, hati Aisy tercuit dengan sisi lain yang ditunjukkan oleh Qartal. “Aku tak minta lebih, aku cuma nak jadi kawan kau je. Aku tahu tentu dalam hidup kau, kau ramai musuh daripada kawan jadi izinkan aku jadi kawan kau yang pertama dan terakhir sebelum kita buat haluan sendiri.” – AISY RAISYA. “Takkan sesekali kau jadi kawan aku. Ingat, aku orang jahat. Aku yang menyebabkan hidup kau susah sampai ke tahap ni. Jadi kau harus benci aku!” – QARTAL. Keadaan menjadi bertambah rumit dengan kemunculan UMAR FARUQ sebaik saja Aisy berjaya diselamatkan. Lelaki itu telah meletakkan Aisy dalam situasi yang sukar. Situasi di mana emosi dan perasaannya diuji dengan begitu hebat. Hatinya musnah dek kebenaran yang telah tersingkap. “Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!” – UMAR FARUQ. Siapa Qartal dan Umar Faruq yang sebenarnya? Mampukah Aisy memberi kemaafan kepada Tuan Zabir setelah lelaki itu membuat hidupnya kucar-kacir? Antara dendam dan simpati, manakah yang akan menguasai hati?

view book