Rindu Dalam Rahsia by Siti Khadijah

Rindu Dalam Rahsia by Siti Khadijah from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Siti Khadijah
Category: Romance
ISBN: 9789671729106
Publisher: Siti Khadijah
File Size: 1.85 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

AMZAR MUKHRIZ. Seorang lelaki yang punya segalanya kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan cinta itu sukar untuk diluahkan meskipun dia sudah memiliki teman istimewa secantik RATNA. Keegoan Amzar tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang berani melawannya. Bermula dari seorang pekerja, status itu tiba-tiba berubah gara-gara kejadian malam itu! “Aku setuju dengan pernikahan ni semata-mata kerana mama dan papa juga kerana maruah keluarga aku sendiri. Bukan disebabkan kau. Ingat, kalau ada sesiapa yang tahu tentang pernikahan ni, tahulah nasib kau!” - AMZAR MUKHRIZ. AINUR MARHA. Apabila menyebut tentang cinta, telah lama dia berputus asa apabila kesetiaannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, Marha nekad, tiada lagi cinta untuk mana-mana lelaki. Tetapi takdir berlaku sebaliknya. Tanpa mengetahui kesalahannya sendiri, dia harus menerima kebencian Amzar Mukhriz. Namun, dia bertekad. Hubungan yang sia-sia ini harus ditamatkan! “Tuan kena lepaskan saya kalau tuan tak nak dosa tuan bertambah. Tuan tak tahu betapa jahatnya saya. Tuan pernah cakap saya ni perempuan murah kan? Saya akan tunjukkan macam mana murahnya saya sampai tuan serik nak simpan isteri macam saya.”- AINUR MARHA. Tapi ikrar Amzar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Marha tekad dengan keputusannya. Kehadiran Naqib dan Rafiq menambahkan resah di hati Amzar. Mampukah hubungan yang terbina tanpa sengaja itu bertahan lama? Mungkinkah hubungan yang bermula kerana satu kesilapan akan terus bertahan? “Hentikanlah angan-angan kau untuk hidup bahagia. Aku takkan benarkan kau hidup bahagia dengan aku apatah lagi orang lain.” - AMZAR MUKHRIZ.

Reviews

sgtt bestt
by firas farhan on October 25, 2019

best sgtt tak puas baca. hihi

Best
by Fariha Mustapha on November 27, 2019

Salah satu ebook yang wajib dibeli. Jalan penceritaan yang menarik. Teruskan hadiahkan pembaca dengan karya-karya yang menarik ye penulis.

Rindu dalam rahsia
by azmira azhari on August 03, 2020

Dah beli, x dapat baca. X tahu kemana perginya e-nov stlah dibeli. Bukan pertama kali beli, selau ok je terus boleh baca. Tapi belian kali ni ceritanya hilang entah kemana. So sad ????????

Reply to: azmira azhari
by e-Sentral on September 11, 2020

Mohon untuk log masuk menggunakan akaun yang digunakan semasa pembelian bagi mendapatkan ebook tersebut. Maklumkan kepada kami jika memerlukan sebarang bantuan. Terima kasih.

TERUJA
by FUZEINAH BT AHMAD on January 03, 2021

GERAM PULAK BACA ..terbaik..menangis weii baca

best
by Nadiah on January 17, 2021

best

Rindu Dalam Rahsia
by hasMArul on January 21, 2021

Rahsiakan rindu itu... Not a good idea...

Rindu Dalam Rahsia
by on February 04, 2021

Remake Rindu Dalam Sepi..Kisah Antara Am dan Marha.Cerita yang menarik untuk dibaca bagi menghilangkan rasa rindu pembaca pada naskah Rindu Dalam Sepi..

Best
by Nurul Sakina bt Sawal on February 13, 2021

Best angat XD

Rindu dalam rahsia
by sabariah binti abdullah on June 26, 2021

sweet sangat novel ni...saya teringin nak baca versi novel pulak

terbaik
by normaziah zulkifli on June 08, 2022

best sgt

RDR
by norhasliza binti yusoff on March 17, 2023

sangat best

Rindu Dalam Rahsia
by Siti Aisyah on December 05, 2023

Jalan cerita dia okaylah. Cuma tertunggu-tunggu lama dia nak berbaik sbg suami isteri..

Rindu dalam rahsia
by on January 16, 2024

best,menjiwai,teruskan berkarya ♥️

Write your review

Recommended