ALGOJO by Sri Rahayu Mohd Yusop

ALGOJO by Sri Rahayu Mohd Yusop from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: ALGOJO
ISBN: 9789672328223
Publisher: Buku Fixi
File Size: 1.08 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Tugasan pertama Badriya dan Mateen selepas menamatkan latihan di Akademi PASAK (Pasukan Sekuriti Anggota Kerajaan) adalah sebagai pengawal peribadi kepada para menteri kabinet. Badriya bertanggungjawab menjaga keselamatan YB Ahmad Siddiq, Menteri Alam Sekitar & Teknologi Hijau yang baru dilantik selepas pilihan raya umum yang lalu. Ketika menjadi tetamu sebuah rancangan bual bicara dengan hos Zehra Matthews, Ahmad Siddiq telah diserang oleh teman lelaki selebriti itu. Walaupun Badriya berjaya mengawal keadaan, pihak pengurusan PASAK memutuskan untuk memasukkan Mateen dalam pasukan keselamatan Ahmad Siddiq sebagai anggota sokongan. Selepas Ahmad Siddiq mengambil alih tugas sebagai menteri, dia menemui maklumat penyelewengan dana kerajaan bernilai RM 1 billion oleh bekas menteri yang terdahulu, YB Khir Jauhary. Didorong oleh persahabatannya dengan Badriya yang selalu mengingatkan agar dia menjaga integritinya, Ahmad Siddiq telah bersemuka dengan Khir Jauhary. Risau segala kegiatan jahatnya akan terbongkar, Khir Jauhary meminta khidmat ALGOJO, organisasi pembunuh upahan untuk menghapuskan Ahmad Siddiq. Selepas satu kemalangan yang menimpa pasukan mereka, Badriya dan Mateen kini sedar bahawa mereka sebenarnya berhadapan dengan halangan yang lebih besar dari yang dijangka.

Reviews

Algojo ; Tahniah penulis
by Noor Maizan binti Mohd Fauzi on April 12, 2020

Pertama kali baca buku bertema politic - crime. Plot laju dan smooth. Rasa taknak berhenti baca sebab curious nak tahu apa jadi seterusnya. Ending macam rushing sikit,but the twist, huhu....politician will always be politician....

ALGOJO
by Norzuhaira on May 02, 2020

An intriguing story about a government security service PASAK, which sounded similar to the RMN's special forces PASKAL. The names Sri used for some of the characters made me laugh as I think of the actual persons and their personalities. Love the twist at the end, quite wicked but actually sobering if you think of how the government works in real life. i just cannot get past the term Pegawai Laskar because in the Navy, each is separate and very different. Pegawai (officer) and Laskar (other rank).

Write your review

Recommended