Mr. Frozen (Mini Novel) by Lynn Safiya

Mr. Frozen (Mini Novel) by Lynn Safiya from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Lynn Safiya
Category: General Novel , Romance
ISBN: 978-967-2467-01-4
File Size: 1.42 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Mr. Frozen… itulah gelaran yang diberikan oleh Pia kepada Zarief sejak sekian lama. Kenapa Mr. Frozen? Tak lain disebabkan perangai Zarief yang sombong, kerek dan perasan bagus tu. Walaupun mereka sepupu, namun hubungan mereka sangat dingin dan langsung tidak mesra. Bagi Pia, semua yang dilakukannya, ada saja yang tak kena di mata si Mr. Frozen. Buat ni kena jeling, buat tu kena jeling, buat apa saja pun kena jeling! Pia sendiri tidak mengerti mengapa setiap tindak-tanduknya akan menangkap perhatian lelaki itu. Di hati Pia, sudah tertanam keyakinan bahawa Zarief amat membencinya Sudahnya, dia sering berkecil hati dengan layanan dingin daripada Zarief. Tapi… kenapa perlu dia berkecil hati? Dia peduli apa kalau Zarief tak suka pun? Lantak dialah! Tapi, hakikatnya dia mudah terasa, mudah tersinggung, dan mudah terluka. Apakah sebenarnya yang terselindung di hati Pia? Dan Zarief pula, dah buang tabiat agaknya. Kalau tak suka, kenapa perlu dia masuk meminang Pia? Tak menyempat langsung! Tak nak tangguh-tangguh lagi. Pia baru nak masuk 21 tahun, takkan tak boleh tunggu? Mr. Frozen ni nak apa sebenarnya ya? Dia suka ke tak suka? Pening kepala Pia! Di hati masing-masing tersemat suatu rahsia. Dan sangka Pia, rahsia itu akan dibawanya sampai ke mati. Namun, usah disangka bahawa yang tak diduga itu semestinya akan menyebabkan duka, dan yang zahir itu, semestinya benar-benar belaka. Kadangkala, yang tersirat itu jualah yang akan membuka pintu bahagia buat kita…

Reviews

Mr Frozen
by Siti Aisyah binti Ramle on September 05, 2021

Alahaiii sweetnya. Rasa macam tak puas baca kisah dua ni

Mr Frozen
by Zaherani Tahir on February 04, 2022

Tak menghampakan. Seronok baca! Terima kasih. :-))

Menarik Tetapi Ringkas
by SITI NOOR FATIAH BT MOHAMED YUSOFF on April 21, 2022

Comment

Manis berkilo
by bellachan on June 19, 2022

Cerita yang simple dan tersangat manissss. Sesuai djadikan bacaan santai di hujung minggu.

Mr. Frozen
by on October 24, 2022

Tak adalah Frozen sangat. Frozen bersebab. Cerita yang pendek tetapi menarik. Rasanya boleh dipanjangkan lagi. Sesuai untuk bacaan santai pada masa lapang..

MF
by norhasliza binti yusoff on November 01, 2022

Dari awal hingga pertengahan cerita mmg best tapi sayangnya ending tergantung,cerita tak lengkap,

Mr. Frozen
by Eka Rusmawaty Binti Sujak on November 09, 2022

Sweeeeet....

Mr Frozen
by Nur sahfika Binti Azaman on December 22, 2023

best....

Write your review

Recommended