“Macam mana nak buat bie setuju…” – Suhaila Aileen
“Sayang kan bijak. Mesti ada cara nak buat bie setuju tanpa banyak soal.” – Khalis Aiman
“Bie… jangan cakap tak nak. Nanti sayang…” – Suhaila Aileen
“Tak payah nak ugut nak gigit jari. Dah basi.” – Khalis Aiman
“Kalau sayang…” – Suhaila Aileen
“Sayang ugut nak pakai bikini atau nak jadi naked bibik? Lagi bie suka… sangat dialu-alukan. Sekarang pun boleh.” – Khalis Aiman
Setelah sekian lama, Suhaila kembali menjejakkan kaki ke Dubai. Kali ini dia ditemani Khalis, peminat nombor satu Menara Ophelia, merangkap encik suami. Bulan madu yang indah menjadi titik hitam dalam hubungan mereka.
Tawaran kembali bekerja ke Dubai untuk membangunkan Ophelia Mega City membuatkan Suhaila dalam persimpangan. Keluarga atau kerjaya? Kedua-duanya sama penting dalam hidupnya. Keizinan Khalis ditagih untuk dia mengejar impian kerjayanya.
Khalis dihantui peristiwa silam. Mengizinkan Suhaila pergi bermakna dia akan kehilangan isterinya.
“Ai takut kalau Aileen macam mama? Tinggalkan Ai dengan Syafi?” – Tengku Zabidi
Pilihan yang dia ada, tinggalkan segala-galanya di Malaysia dan ikut Suhaila pergi ke Dubai menjadi house husband. Sedangkan dia ada impian sendiri yang mahu direalisasikan. Berat untuk melepaskan Suhaila, tapi hatinya juga mahu Ophelia Mega City menjadi kenyataan.
Berjayakah Bibik Milenium membuat Tengku Kaz mengizinkan dia pulang ke Dubai? Adakah Khalis akan setuju dan meninggalkan segala-galanya di Malaysia untuk mengikut Suhaila pulang semula ke Dubai?
Reviews
Thorbaekkk
by hasMArul on April 27, 2021
Padat n x meleret...
5stars
by NUR AFIQAH BINTI ISNIN on September 12, 2021
I jus wanna punch orked's face. she's so annoying and immature. but the whole story and main characters are great
Bibik Milenium Balik Dubai
by on November 10, 2021
Cerita santai-santai yang tidak terlalu banyak konflik. Biasalah kehidupan berumahtangga ada pahit manisnya. Sabarnya Khalis melayan kerenah isterinya Suhaila. Dah sayang kan? Terima saja apa yang mendatang. Orked si kakak ipar yang tidak matang dan suka membuat tindakan melulu. Suhaila yang dikagumi juga ada banyak kelemahan dan mementingkan diri sendiri. Mujurlah ada kesedaran untuk memikirkan tentang suaminya. Keseluruhannya okey dan saya memang suka hasil tulisan Aein Dhiyauddin..
BIBIK MILENIUM BALIK DUBAI
by Nabilah binti Matsafi on November 22, 2022
best sangat sambungan daripada cerita Bibik Milenium ni..walaupun pendek tapi padat dan menghiburkan..seronok sangat baca..
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.